Taman Negara Mulu Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak , merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia , khasnya di Sarawak. Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter . Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang . Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur
Comments
Post a Comment