Muzium Lau King Howe
Muzium Lau King Howe, Sibu Bangunan muzium pada asalnya dibina sebagai hospital pada tahun 1936 oleh Lau King Howe dan merupakan satu-satunya hospital di Sibu. Selepas Hospital Sibu telah dibuka pada 1 September 1994, tidak ramai pesakit berkunjung ke hospital Lau. Akhirnya, bangunan hospital itu berubah menjadi sebuah muzium dengan kos RM 450,000. Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada 3 Ogos 1996. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 9:00 a.m.-5:00 p.m